Penduduk bakar mercun di tanah kubur

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk bakar mercun di tanah kubur
Antara mercun yang dibakar oleh penduduk. – Tangkap layar video

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aktiviti penduduk sebuah kampung di Sampang, Pulau Madura membakar mercun di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam  akaun Instagram @maduratrending, sejumlah penduduk menyaksikan mercun dibakar di kawasan perkuburan.

Mereka bersorak gembira apabila mercun-mercun itu meletup.

Menurut seorang penduduk dikenali sebagai  Nor Holik, 30, kegiatan itu merupakan tradisi turun-temurun yang diamalkan sejak zaman nenek moyangnya.

“Ini adalah tradisi turun-temurun sejak dahulu di mana penduduk berkumpul di kawasan perkuburan selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Penduduk akan menziarahi kubur dan berdoa sebelum membakar mercun,” katanya.

Tambah Nor Holik, tujuan aktiviti itu diadakan adalah untuk merapatkan hubungan sesama penduduk.

“Zaman dahulu, aktiviti membakar mercun digunakan sebagai cara memanggil penduduk untuk datang menziarahi kubur.

“Namun kini, selepas selesai menziarahi kubur, kami membakar mercun dan saling bermaafan sesama penduduk kampung,” jelasnya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker