Shila Amzah, Ubai Mz Dah ‘Break’?

Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah, 33, tiba-tiba meluahkan ucapan terima kasih untuk kenangan lima bulan yang sangat indah kepada kekasihnya juga pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 26, dalam satu hantaran di Instagram.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah umpama mengumumkan ‘sesuatu’ mengenai hubungan cinta mereka yang mungkin terkandas di tengah jalan walaupun sudah merancang ke arah berumah tangga sebelum ini.

“Terima kasih untuk lima bulan yang sangat indah. Awak adalah teman terbaik buat saya, terima juga atas kasih sayang diberikan kepada Seth.

“Saya hanya berharap yang terbaik untuk awak. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga dapat segala yang dihajati.

“Terima kasih untuk segala-galanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” tulisnya pada kapsyen foto mereka berdua berserta instrumen sedih, My Memory.

Malah, Shila didapati mengambil pendekatan menutup ruangan komen, sekali gus agak menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar sudah putus atau sebaliknya.

Menyemak juga di Instagram Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 26, tiada hantaran baharu dibuat dalam tempoh tiga minggu ini selepas memberitahu berita kehilangan adiknya, Allahyarham Muhammad Azrullah Mohd Zulkefli pada 4 Mei lalu.

Cuma pada hantaran di Instagram Story, Ubai berkongsi coretan ringkas yang menggambarkan perasaan dan ketulusan cintanya terhadap Shila yang popular dengan lagu Memori Tercipta dan Patah Seribu itu

“Saya akan kekal mencintai awak kerana tiada siapa yang mampu membuat saya merasainya sebagamaimana yang awak lakukan. Terima kasih cinta,” tulisnya berserta instrumen lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri.

Terdahulu, kisah hubungan cinta pasangan ini menjadi perhatian ramai pada awal Februari lalu, selepas Shila mengakui jatuh hati pada Ubai yang  lapan tahun muda daripadanya ketika terbabit dalam insiden skuter.

Shila juga ibu tunggal anak satu pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada 2018 dan bercerai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 4.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker