‘Karateka’ Arif tuai emas keenam Malaysia

‘Karateka’ Arif tuai emas keenam Malaysia

‘Karateka’ Arif tuai emas keenam Malaysia
ARIF cemerlang menumpaskan lawan dari Kazakhstan pada aksi final kumite bawah 85kg Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kem karate negara terus cemerlang di pentas Sukan Asia Hangzhou, China apabila merangkul pingat emas menerusi Muhammad Arif Afifuddin Ab. Malik dalam acara kumite lelaki bawah 85 kilogram (kg).

Arif meraih kejayaan itu selepas menewaskan atlet Kazakhstan, Daniyar Yuldashev 10-4 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Linping sebentar tadi.

Ia adalah pingat emas pertama skuad karate negara pada Sukan Asia Hangzhou dan yang keenam buat kontinjen Malaysia ketika saingan cuma berbaki sehari lagi sebelum upacara penutup malam esok.

Lebih menarik, kejayaan Arif merupakan pingat emas pertama Malaysia dalam acara itu sepanjang penyertaan Sukan Asia sejak edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

‘Karateka’ Arif tuai emas keenam Malaysia
ARIF (kanan) menang ke atas lawan dari Korea Selatan di separuh akhir untuk menempah tiket ke final, sekali gus menjuarai acara kumite bawah 84kg. – MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA

Sebagai rekod, Arif memulakan saingan dengan menewaskan wakil Vietnam, Do Tn 2-0 di pusingan pertama sebelum menang 4-3 ke atas Sandi Firmansyah dari Indonesia pada aksi suku akhir.

Arif ternyata dalam kelas tersendiri apabila menundukkan Junhyeok Baek dari Korea Selatan dengan keputusan 5-2 di separuh akhir sebelum menang bergaya 10-4 ke atas Yuldashev di final sebentar tadi.

Secara keseluruhan, kem karate negara sudah berjaya meraih satu pingat emas dan dua perak melalui Lovelly Anne Robberth untuk kata individu wanita dan berpasukan kata wanita. – KOSMO! ONLINE

‘Karateka’ Arif tuai emas keenam Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker