Pengambilalihan Sapura Energy atau Audit Forensik

Kuala Lumpur: Pengambilalihan Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) dan hala tuju negara menjadi tumpuan Debat Perdana malam ini.

Gelanggang debat itu menampilkan dua figura politik iaitu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pusingan pertama, Najib menjelaskan keperluan Petronas untuk mengambil alih syarikat minyak dan gas kedua terbesar dunia itu memastikan syarikat itu tidak muflis.

“Petronas boleh mengambil alih Sapura Energy kerana memiliki kepakaran dan boleh berikan jaminan RM7 bilion kontrak jamin modal kerja yang baik.



“Apabila sudah pulih dan Petronas boleh jual semula kepada pasaran dan ia secara tidak langsung menguntungkan kembali syarikat itu.

“Saya optimis Petronas akan untungkan pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan menjadi syarikat yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Anwar pula mencadangkan agar audit forensik perlu dilakukan kepada Sapura Energy untuk mengenal pasti punca kerugian syarikat itu.



“Saya mahu audit forensik dilakukan jika ada salah laku di peringkat pengurusan tertinggi jadi ambil tindakan sepatutnya.

“Jangan lepaskan mereka yang bertanggungjawab (menyebabkan kerugian) dan menjahamkan syarikat,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker