Pesawat ringan terhempas di lebuh raya, 5 maut

Oleh – Syeikh Baran


Pesawat ringan terhempas di lebuh raya, 5 maut
SEBUAH pesawat ringan terhempas dekat sebuah lebuh raya di Tennessee, malam kelmarin. – Foto X/Polis Metropolitan Nashville

Lima orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran lebuh raya rentas negeri di Tennessee, Amerika Syarikat, lapor agensi berita UPI semalam.

Polis Metropolitan Nashville berkata, pada malam kelmarin, pesawat enjin kecil itu terhempas dekat lebuh raya I-40 dan mengorbankan lima orang yang berada di dalamnya.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Nashville Metropolitan berkata, ia menerima amaran mengenai sebuah kapal terbang ringan terhempas selepas waktu senja iaitu kira-kira 4.82 kilometer di selatan Lapangan Terbang John C. Tune.

Video dirakam oleh pemandu kenderaan yang berada berhampiran lokasi nahas menunjukkan kebakaran berlaku di kawasan pesawat terhempas.

Jurucakap Polis Metro Nashville, Don Aaron berkata, pesawat itu mengalami kegagalan enjin sejurus sebelum terhempas di kawasan berumput.

“Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan akan menyiasat kemalangan pesawat itu,” kata pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker