Bekas Personaliti TV Didakwa Mengamuk, Sengaja Langgar Kereta (Video)

Tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai bekas personaliti TV terkenal didakwa membuat kekecohan apabila menyebabkan kerosakan kepada sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Boom Malaysia, beliau dipercayai memandu sebuah kereta cuba mengundur untuk masuk ke ruangan parkir berhampiran premis perniagaannya.

Bekas personaliti TV itu didakwa sengaja menyebabkan kerosakan kerana masih banyak ruang yang tersedia untuknya.

Individu yang merakam kejadian itu menunjukkan sekitar kawasan itu di mana sampah sarap bertaburan dan terdapat sebilah pisau di atas jalan.



 

 

@boom.malaysia Space bukan main besar lagi, kenapa sampai macam tu sekali? #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #top #celebrity #star #icon #idol #no1 #influencer #news #viral #trending #fyp #accident #kecoh ♬ original sound – Boom! Malaysia

 

Perakam juga menunjukkan keadaan kereta rakan sekerjanya kemek serta tercalar termasuk di rim kereta. Perakam dipercayai bekerja di bangunan berhadapan dan banyak kenderaan lain diparkir di tepi jalan kawasan itu.

Hmm, kenapa pula tu ya?

Kredit: Boom Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker