Benarkah Pemimpin UMNO Kemaruk Kuasa?

Benarkah Pemimpin UMNO Kemaruk Kuasa?

Benarkah Pemimpin UMNO Kemaruk Kuasa?

Ketika Pengerusi Barisan Nasional yang juga merupakan Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, bersetuju untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan, beliau dituduh gila kuasa.

Dan ketika perwakilan Persidangan Agung UMNO memutuskan supaya jawatan presiden dan timb presiden UMNO tidak dipertandingkan, sekali lagi tohmahan yang sama dilemparkan.

Persoalannya, benarkah DS Zahid dan pemimpin UMNO yang gila kuasa?

Biar fakta di dalam sejarah politik negara yang menjawabnya.



Apabila buat pertama kalinya UMNO kehiulangan kuasa dalam PRU 14, DS Zahid telah diamanahkan untuk memangku jawatan presiden UMNO yang dikosongkan oleh DS Najib.

Pertama kali dalam sejarah UMNO, seorang naib presiden diamanahkan untuk memangku jawatan timb presiden, apabila Muhyiddin dipecat dari UMNO.

Kemudian dari timb presiden, sekali lagi, DS Zahid diamanahkan untuk memangku jawatan presiden apabila DS Najib berundur.

Tidak ada siapa yang DS Zahid jatuhkan.



Malah beliau membuka pertandingan untuk jawatan presiden dan timb presiden UMNO yang sudah lama tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti.

Kemudian Kerajaan PH 1.0 yang diterajui oleh Dr Mahathir tumbang.

UMNO/BN bersama PAS ketika itu mahu supaya pilihanraya umum diadakan untuk kerajaan baharu dibentuk.

Tetapi YDP Agong tidak bersetuju, lalu UMNO akur dan menjunjung titah baginda.

Muhyiddin, Azmin dan Hadi Awang memulakan Langkah Sheraton.

UMNO/BN ketika itu mempunyai ahli parlimen yang paling ramai.

Ketika itu, boleh sahaja UMNO/BN meletakkan syarat supaya jawatan perdana menteri mesti diberikan kepada UMNO/BN.

Dan memang kena pada tempatnya mengikut prinsip demokrasi.

Tetapi UMNO mengalah dan memberikan laluan kepada Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri, walau pun PPBM mempunyai jumlah ahli parlimen paling sedikit.

Kemudian, Muhyiddin pula disingkirkan dan sekali lagi UMNO mahu supaya pilihanraya umum diadakan.

Tetapi sekali lagi YDP Agong tidak bersetuju.

Kalau DS Zahid mahu, boleh sahaja beliau menjadi perdana menteri, tetapi beliau berikan laluan kepada Ismail Sabri.

UMNO Hanya Menjunjung Titah YDP Agong

Selepas PRU 15 pula, tidak ada satu parti yang boleh membentuk kerajaan.

UMNO sudah bersedia untuk menjadi pembangkang.

PH dan PN dititahkan menghadap YDP Agong dan baginda menyarankan agar kedua-dua parti itu berkongsi kuasa.

Tetapi Muhyiddin dan Hadi Awang menolak kerana merasakan dengan cara itu tidak mungkin perdana menteri datang dari PN.

Lalu YDP Agong menitahkan supaya PH berkerjasama dengan UMNO/BN untuk menyelamatkan negara yang sudah 5 hari tidak ada kerajaan.

Sekali lagi UMNO/BN menjunjung titah baginda dan berkongsi kuasa dengan PH yang di dalamnya ada DAP.

UMNO tahu keputusan itu pasti akan mendapat kecaman, tetapi demi untuk menyelamatkan negara dan menjunjung titah YDP Agong, segala kecaman ditelan.

Kini keserasian sudah mula bertunas antara UMNO/BN dan PH.

Kejayaan sudah mula berputik.

Secara rasional, fikirkanlah, apakah UMNO gila kuasa atau UMNO sering menjadi mangsa?

 

Benarkah Pemimpin UMNO Kemaruk Kuasa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker