Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?

Perikatan Nasional mengumumkan akan mengadakan demo bersiri untuk membantah petisyen ke atas Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Tuan Ibrahim  berkata perhimpunan tersebut akan diadakan pada 16 November di Terengganu.

Selepas itu pada 18 November di Kelantan diikuti perhimpunan munajat pada 20 November di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya.

“PN mengambil serius cabaran terhadap mahkamah syariah yang bermula dari kes Iki Putra yang diputuskan oleh mahkamah”.

“Dan Nik Elin serta beberapa kumpulan yang telah bawa kes sama, mencabar undang-undang syariah di Kelantan”.

“Dalam perbahasan di parlimen, ahli parlimen Kota Bharu (Takiyuddin Hasan) telah membangkitkan persoalan penting”.

“Beliau mahu supaya Menteri Agama mencelah dalam perbicaraan terhadap kes ini”

“Ini adalah kerana memberi implikasi kepada seluruh undang-undang syariah seluruh negara,” kata Tuan Ibrahim.

Pada 25 Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan Iki Putra mencabar keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Ia berhubung kesalahan seks luar tabii.

Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman, mencabar kerajaan Kelantan atas keabsahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 Kelantan 2019.

Benarkah Perikatan Nasional Mempertahankan Undang Undang Syariah Atau Sekadar Menunggang Isu Tersebut?

 

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?

Untuk memahami isu ini dan mengelakkan dari ditipu oleh ahli politik penunggang agama, kita kena tahu, siapa Nik Elin yang sebenarnya.

Nik Elin adalah seorang peguam yang berasal dari negeri Kelantan.

Sebagai anak jati negeri Kelantan, sudah tentulah Nik Elin mempunyai beberapa orang rakan karib dari Kelantan, seperti Takiyuddin Hassan dan Annuar Musa.

Sama ada Nik Elin diarah oleh Takiyuddin atau Annuar Musa untuk berbuat demikian, tidak dapat penulis pastikan.

Cuba kita fahami betul-betul, adakah Nik Elin mencabar undang-undang syariah atau mencabar keabsahan undang-undang tersebut yang digubal oleh kerajaan PAS Kelantan?

Nik Elin sebenarnya mencabar keabsahan 20 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan yang digubal pada 2019.

Apa alasan beliau mencabar keabsahan undang-undang syariah tersebut.

Kerana 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bertindan dengan undang-undang Persekutuan.

Hujah beliau adalah Badan Perundangan Ne­geri Kelantan tiada kuasa menggubal peruntukan undang-undang jenayah tersebut kerana ia bidang kuasa parlimen.

Asas yang digunakan oleh Nik Elin adalah mengikut Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Dengan jelas ianya menyebut mana-mana undang-undang negeri yang tidak selaras dengan undang-undang persekutuan, maka undang-undang negeri tersebut terbatal.

20 peruntukan Enakmen Kanun Jenayah Syariah I Kelantan yang digubal pada 2019 itu sebenarnya sudah ada dalam Kanun Keseksaan.

Satu-satunya cara yang boleh dibuat adalah dengan menggubal Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Isu Yang Sama Pernah Timbul Di Era PN Menjadi Kerajaan

Iki Putra didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi, Selangor.

Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, dia mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (EJSS) 1995.

Beliau mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

Pada Februari 2021, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang dibuat oleh Iki Putra terhadap Seksyen 28 EJSS 1995.

Ianya sekaligus mengenepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Ekoran itu, presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Zainul Rijal Abu Bakar, pernah membangkit isu tersebut.

Beliau menggesa kerajaan ketika itu supaya memulakan langkah menggubal perlembagaan untuk memertabatkan undang-undang syariah.

Bukankah ketika Idris Ahmad (PAS) merupakan Menteri Hal Ehwal Agama?

Mengapakah ketika itu Hadi Awang tidak membangkitkan isu tersebut di parlimen sebagaimana sekarang?

Dan mengapakah tidak menggerakkan demo untuk membantah keputusan mahkamah?

Jelas kepada penulis, demo yang dirancang oleh PN hanyalah sekadar retorik politik oleh penunggang agama dari PAS.

 

Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker