Dua treler bertembung, seorang pemandu maut

KUANTAN: Seorang pemandu maut selepas treler yang membawa muatan papan bertembung dengan treler muatan paip di Kilometer 111.3 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata mangsa Ahmad Ridzuan Usman, 37, dari Kampung Rekoh Baru, Bandar Tun Razak meninggal dunia di tempat kejadian.

Berdasarkan laporan, kemalangan jam 5 pagi berlaku ketika treler yang dipandu Ahmad Ridzuan dalam perlawanan dari arah Segamat ke Kuantan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian ketika melalui selekoh, treler dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar bahagian hadapan kanan treler yang dipandu lelaki berumur 55 tahun.



“Berikutan itu, muatan paip daripada treler jatuh dan menghempap kepala treler yang dipandu mangsa. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

“Pemandu treler yang membawa muatan paip luka di tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan kemalangan itu jam 5.16 pagi.

Seramai sembilan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muadzam Shah terbabit dalam operasi menyelamat mangsa kemalangan.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker