Ketua Kampung Meninggal Dunia Ketika Berdangdut (Video)

Seorang lelaki yang berjawatan sebagai ketua kampung di Jember, Jawa Timur, Indonesia meninggal dunia akibat penat yang keterlaluan.

Menerusi laporan Liputan 6, mangsa yang dikenali sebagai Mulyano itu meninggal dunia kerana keadaan badan yang terlalu letih dengan aktiviti seharian yang dijalaninya sebagai ketua kampung.

Dalam video yang tular di media sosial itu, Mulyano dilihat berbaju batik dengan seorang wanita yang memakai ‘dress‘ berwarna merah berada di atas pentas.

Walau bagaimanapun, mangsa rebah dalam keadaan tiba-tiba dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli_48)

 

Menurut Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto, Mulyano dalam lingkungan usia 50-an itu ada menghadiri majlis bersama polis pagi kelmarin sebelum bergerak ke rumah saudaranya.

Namun begitu, mangsa tetap hadir ke acara dangdut di kampungnya itu bagi memenuhi undangan penduduk setempat.

Sumber: Liputan 6

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker