‘Melting’ Lihat Ramai Oppa Pilot Kacak Di LIMA 2023 (Video)

Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) merupakan pameran maritim dan aeroangkasa yang terkemuka serta terbesar di rantau Asia Pasifik.

Kini pameran tersebut sedang berlangsung bermula dari 23 Mei lalu hingga 27 Mei dan sememangnya menjadi tarikan pelancong dari luar mahupun dalam negara untuk hadir ke sana.

Selain melihat demonstrasi daripada Angkatan Tentera Udara Malaysia (TUDM), persembahan menerusi pesawat-pesawat tempur dari negara luar turut menjadi tarikan utama pada edisi kali ini.

Malah, antara yang mencuri tumpuan adalah barisan juruterbang dari Pasukan Penerbangan Akrobatik Black Angle Korea yang terlihat seperti ‘oppa-oppa’ dalam kebanyakkan K-drama.



Menerusi beberapa video yang tular di laman TikTok, ramai wargamaya seakan ‘melting’ melihat ketampanan barisan juruterbang dari Korea itu.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa aksi pilot berkenaan sedang berlari dan berjalan dengan segak bersama suit pakaian yang digayakan.

Malah, dapat dilihat mereka sempat menyapa dan mengambil foto bersama pengunjung yang hadir.

 

 

@wan_hazlami Berjalan tengah hujan pun masih kacak… gadis-gadis malaysia bleh lena tido tak tgok ni? #limalangkawi2023 #acrobaticflight #oppasaranghaeyoo #fypage #foryoupage❤️❤️ #fypシ゚viral #korea #blackeagle #fypシ ♬ Once again – 매드클라운 & 김나영

 

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seakan tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka melihat barisan pilot yang kacak itu.



Dalam pada itu, ada juga yang meninggalkan komen dengan berseloroh mengatakan imannya akan gugur sekiranya datang menyaksikan pameran tersebut.

Sumber: TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker