Mourinho ‘simpan dendam’ dengan Totteham

London: Jose Mourinho memberi komen terhadap bekas kelabnya Tottenham dan pengerusi Daniel Levy dengan berkata ia adalah satu-satunya pasukan yang diuruskannya namun merasakan tidak wujudnya hubungan dengan mereka.

Pengurus yang mengatakan dia sebagai ‘Special One’ itu dipecat oleh Spurs pada April 2021 kurang seminggu sebelum perlawanan akhir Piala Carabao menentang Manchester City yang mana mereka tewas di bawah bos sementara Ryan Mason.

Wujud ketegangan dalam pasukan di bawah kendalian Mourinho untuk tempoh lama yang menyaksikan mereka menduduki tempat ketujuh dalam carta Liga Perdana ketika dia disingkirkan manakala mereka juga turut tersingkir daripada Liga Europa.

Namun tidak lama selepas dipecat Mourinho mengambil alih jawatan mengendalikan gergasi Serie A Roma pada musim panas yang sama dan dia kini sedang memburu trofi Liga Europa selepas berjaya meraih gelaran Liga Konfrensi Europa musim lalu.

Jurulatih Portugal itu terkenal dengan kejayaannya memenangi trofi di setiap kelab yang dia pernah dikendalikannya sejak dua dekad lalu kecuali Tottenham dan dia kini mengkritik Spurs dan Levy kerana menyingkirkan sebelum mereka ke Wembley dua tahun lalu.

Bercakap pada sidang media menjelang perlawanan akhir Liga Europa Rabu depan, Mourinho berkata: “Itu adalah realitinya. Saya harap penyokong Tottenham tidak salah sangka tetapi satu-satunya kelab dalam karier saya di mana saya tidak rasa sebarang pertalian adalah Tottenham.

“Mungkin kerana stadium kosong, masa Covid. Mungkin kerana Levy tidak membenarkan saya membawa mereka ke perlawanan akhir dan memenangi trofi.

“Tetapi ia satu-satunya. Jadi selepas itu – Porto, Chelsea, Inter, Real Madrid, Manchester United – semua kelab saya rasa ada hubungan dengan mereka.”

Dia menambah: ‘Mungkin orang (akan berkata) anda tidak boleh mencintai setiap kelab – ya, saya suka setiap kelab!

“Saya suka setiap kelab kerana saya selalu merasakannya sebaliknya, mereka juga menyayangi saya.

“Jadi Roma suatu hari nanti ia akan menjadi sukar (untuk ditinggalkan). Tetapi kami akan berhubung selama-lamanya, seperti saya dengan semua kelab saya sebelum ini. Selain daripada kelab Mr Levy.”

Komen Mourinho itu hadir selepas Arne Slot memilih untuk kekal di Feyenoord, menyebabkan pencarian Tottenham untuk pengganti tetap Antonio Conte kembali mencetuskan persoalan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker