Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal

Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal

Gempar seketika mengenai langkah G15 yang dikaitkan dengan 15 orang ahli parlimen BN yang didakwa akan meletak jawatan sebagai ahli parlimen.

Mereka dikatakan akan meletak jawatan untuk memberikan laluan kepada pilihanraya kecil yang dirancang akan diadakan serentak dengan pilihanraya negeri.

Terkini, Timb Perdana Menteri II dari parti GPS, Fadillah Yusof, menafikan ada pihak yang berjumpa beliau untuk menggerakkan Langkah Sheraton 2.0.



Namun begitu, dari maklumat yang penulis terima, memang benar adanya usaha untuk menggerakkan Langkah Sheraton 2.0.

Dalangnya adalah 2 orang bekas menteri yang pernah berkhidmat di era Muhyiddin Yasin dan Ismail Sabri.

Seorang dari parti PPBM dan seorang lagi dari parti UMNO.

Kedua-dua mereka memang terkenal sebagai broker yang sering membeli ahli parlimen dari parti lain.



Namun begitu, usaha yang cuba mereka lakukan dikatakan tidak mendapat sambutan.

Sama ada dari ahli parlimen BN, mahu pun dari ahli parlimen parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Antara sebab mengapa cadangan mereka ditolak adalah kerana sebahagian besar ahli parlimen yang ditemui kurang yakin dengan gerakan tersebut.

Penulis juga difahamkan, funder yang mereka harap akan membiayai gerakan Langkah Sheraton 2.0 kurang berminat.

Dalam artikata lain, kedua-dua broker tersebut ibarat syok sendiri bahawa gerakan Langkah Sheraton 2.0 akan berjaya.

Di pihak kepimpinan Perikatan Nasional pula, isu ini digunakan sebagai diversion.

Ia diharapkan dapat mengganggu tumpuan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional atas persediaan pilihanraya negeri.

Sudah sampai masanya kedua-dua broker otai tersebut disingkirkan terus atau sekurang-kurangnya disejuk bekukan dari bergiat aktif dalam politik negara.

Keluarga terdekat seorang dari mereka sudah pun didakwa di 2 mahkamah yang berasingan.

Manakala seorang lagi sedang menunggu giliran untuk didakwa atas penyelewengan dana ratusan juta.

Yang ada dalam pemikiran mereka hanyalah untuk mengkucar-kacirkan kestabilan politik negara demi untuk menyelamatkan diri mereka dari pendakwaan mahkamah.

 

Langkah G15 Untuk Tumbangkan Kerajaan Gagal

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker