Aina Abdul nafi jilat ludah sendiri

Oleh – Syeikh Baran


Aina Abdul nafi jilat ludah sendiri
AINA ABDUL kini kembali sepasukan bersama pengurus lamanya,, Zizi Hadid.

Tiada lagi kelibat pengurus baharu, Azrul Anuar di sisi, penyanyi, Aina Abdul mengesahkan dirinya kini sudah kembali menggunakan khidmat kepada pengurus lama iaitu individu bernama Zizi Hadid.

Nafi menjilat ludah sendiri, Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pasukan pengurusan lama bagi mengelola kerja seninya selepas ini.

“Saya sudah kembali kepada pasukan pertama saya.

“Apa yang boleh saya katakan, ini adalah pasukan yang terbaik.

“Bagaimana saya ke kiri atau kanan sekalipun, mereka inilah yang bersama dan selalu ada menyokong saya,” katanya kepada Kosmo! Online.

Jelas pelantun lagu Terus Hidup itu, dia tidak menyingkirkan bekas pengurusnya sebaliknya menegaskan Azrul sudah mempunyai haluan kerjaya yang lain.

“Semua orang ada rezeki masing-masing.

“Pengurus lama saya sudah mempunyai peluang pekerjaan lain.

“Kini, saya balik kepada pasukan pertama saya iaitu pengurus dan abang yang sudah menjaga saya sejak dahulu,” ujarnya menoktahkan soalan.

Terdahulu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu menafikan dakwaan berhubung penyingkiran pengurusnya, Zizi kerana perselisihan faham selepas empat tahun menjalinkan kerjasama.

Selepas tidak bersama Aina, Zizi bekerja dengan penyanyi Nadeera selama beberapa bulan sebelum kini kembali semula menjadi pengurus Aina.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker