TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PENUTUP DI MIEC

Langkawi : Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi menghadiri Majlis Penutup Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023 bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini.
Pameran bertaraf antarabangsa itu melabuhkan tirainya hari ini, setelah dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan bersama Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook pada 22 Mei lalu.
Polis Diraja Malaysia yang mengetuai Sekretariat Keselamatan LIMA 2023 telah menghantar kekuatan seramai 1,694 pegawai dan anggota lain-lain pangkat untuk memastikan keselamatan awam dan kelancaran lalu lintas terkawal sepanjang pameran berlangsung.
LIMA yang diadakan setiap dua tahun sekali akan membuka semula tirainya menerusi edisi ke-17 pada tahun 2025 nanti.
Yang turut hadir dalam acara penutup tadi ialah bekas Perdana Menteri,Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad, Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan bersama isteri, Datin Seri Nor Adila Abdul Majid dan Ketua Polis Kedah, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Sumber : PDRM

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker