Dirompak & Diculik Ketika Suami Di Masjid

Mayat seorang wanita yang dipercayai mangsa culik ditemukan di kawasan paya bakau yang terletak kira-kira 12 kilometer dari rumahnya.

Memetik laporan media Indonesia, mangsa dipercayai telah dirompak dan diculik sebelum dia dibunuh dengan kejam. Perkara tersebut hanya disedari oleh si suami yang baru pulang ke rumah selepas menunaikan solat subuh di masjid.

Si suami melihat kereta jenis Toyota Avanza miliknya tiada di rumah. Namun siapa sangka, kenderaan tersebut akhirnya ditemui berada di sebuah pasar namun sosok isterinya langsung tidak kelihatan.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa mula menjalankan siasatan lanjut yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat mangsa yang ditutupi dengan rumput kering di kawasan paya bakau. Mayat tersebut ditemui kira-kira 50 jam selepas mangsa dilaporkan hilang.

Polis mengesyaki ia merupakan kejadian samun kereta dengan mangsa dijadikan tebusan. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tulangbawang, AKP Wido Dwi Arifiya Zaen berkata, suspek perompak disyaki lebih seorang dan siasatan lanjut berhubung kes ini termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat masih dijalankan.

Sumber: Tribunnews

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker