Giliran Hj Hadi huru harakan PH BN pula?

Oleh Adam Malik

PAS sememang terkenal sebagai Parti yang tidak berpendirian.

Imej agama yang dibawa oleh nya , sebenar nya menjatuhkan maruah Agama Islam.

Islam tidak sebegitu, kerana yang bersikap sebegitu tanpa pendirian ada lah parti PAS sahaja.



Terkini , Haji Hadi sebagai Presiden PAS menyatakan ada pihak menemui nya untuk berbincang tentang kemasukan PAS kedalam Pakatan Harapan.

Kenyataan Hj Hadi ini dilaporkan oleh berberapa buah media arus perdana.

Sama ada yang menemui HH ada lah orang yang bertauliah dari mana mana gabungan PH dan kerajaan perpaduan atau individu tidak ditugaskan , itu kita tidak dapat sahkan.

Namun, apabila HH menyatakan beliau mahu PAS memimpin kerajaan perpaduan , nampak jelas kecetekan akal HH dan juga kegelojohan HH.



Ini kerana pihak PH tidak umum apa apa pun , bahkan Zahid Hamidi menempelak HH dengan berkata “Usah mimpi”.

Jika diperhatikan , PAS sentiasa menjadi agen pemecah belah dan tidak boleh dipercayai.

Ketika hubungan sudah baik bersama UMNO didalam Muafakat Nasional , PAS telah membuat hubungan sulit besama  parti PPBM.

Bersama PPBM , PAS telah membuli UMNO.

Tiada sebab UMNO mahu bersama PAS dan PPBM, dan jika ada pastinya ia atas terma pihak penerima dan bukan pihak PAS.

Semenjak HH bawa PAS merafak sembah Tun Mahathir, gerak geri HH sudah bertukar.

Malah banyak pihak percayai HH Mohon perlindungan dari Tun Mahathir yang dipercayai ada pengaruh dibadan badan tertentu yang HH dan beberapa pemimpin PAS akan didakwa.

Maka, apabila tiba tiba HH bermimpi membawa PAS kepada gabungan PH, maka syak wasangka pasti ujud. .

MN sudah hancur, PN bakal hancur jika PAS pinggirkan PN dan adakah PH akan dihancurkan juga?

Ini kerana Tun Mahathir sudah siap dengan agenda Proklamasi nya, ia satu Cara Tun Mahathir mencari tempat berselindung pergunakan orang Melayu.

Tapi sehingga kini “no takers” kerana reputasi Mahathir yang buruk dan beliau alami “defisit kepercayaan”.

Suka berbohong dan banyak muslihat.

Maka, ini mungkin cara beliau kumpul penyokong dengan hanya menjerut leher pemimpin, maka dapat lah beliau satu kendang pengikut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker