Kerana Jana Wibawa Hubungan PPBM Dan PAS Ibarat Retak Menanti Belah

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Kerana Jana Wibawa Hubungan PPBM Dan PAS Ibarat Retak Menanti Belah

Pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, sudah didakwa di mahkamah kerana salah guna kuasa dan penyelewengan dalam skandal Jana Wibawa.

Kehadiran beliau di mahkamah ditemani beberapa orang pemimpin PPBM sebagai sokongan moral kepada beliau.

Paling menarik perhatian apabila kehadiran beliau disambut dengan laungan ‘Selamat Datang Kluster Mahkamah’.

Muhiddin didakwa dengan 6 pertuduhan enam pertuduhan.

4 pertuduhan kerana menggunakan kedudukan beliau sebagai perdana menteri untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta.

Selain itu beliau juga didakwa dengan 2 lagi pertuduhan atas kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1074897/muhyiddin-hadapi-4-pertuduhan-rasuah-rm2325-juta-ubah-wang-haram

Sehingga habis sesi pertuduhan di mahkamah, tidak kelihatan walau seorang pun pemimpin PAS yang hadir.

Kerana Jana Wibawa Hubungan PPBM Dan PAS Ibarat Retak Menanti Belah

Penulis difahamkan, keadaan ini menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati di kalangan pemimpin PPBM ke atas kepimpinan PAS.

Malah penulis juga dimaklumkan, akibat dari sikap pemimpin PAS yang dilihat seperti mengasingkan diri, telah lama menimbulkan rasa kecewa di kalangan pemimpin PPBM.

Bagi pemimpin PPBM, PAS kini dilihat bersikap ibarat selepas madu dihisap, perdu diberakkan.

Ada juga cakap-cakap di kalangan pemimpin PPBM, sikap PAS itu menunjukkan sikap mereka yang mahu dilihat ‘suci’ dari sebarang jenayah rasuah.

Tetapi di kalangan pemimpin PAS sendiri ada yang sedang menghadapi pertuduhan merasuah pengundi.

Dan besar kemungkinan akan kehilangan kerusi parlimen.

Bagi penulis, sikap pemimpin PAS itu adalah sesuatu yang sudah dijangkakan.

Akan bersama ketika senang dan menjauhkan diri ketika susah.

Demi untuk menonjolkan watak suci, PAS akan sanggup melakukan apa sahaja supaya rakyat beranggapan PAS adalah parti yang memperjuangkan kepimpinan ulamak.

Tetapi jangan kita lupa, PAS cuba mewakili Islam, tetapi Islam yang sebenar tidak mewakili PAS.

 

Kerana Jana Wibawa Hubungan PPBM Dan PAS Ibarat Retak Menanti Belah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker