‘Lari’ sebab takut, panik

Johor Bahru: Akibat terlalu takut dan panik selepas melanggar sebuah motosikal, pemandu kereta meneruskan perjalanan tanpa berhenti dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, bagaimanapun pemandu kereta iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan terbabit tidak lama kemudian.

Katanya, kejadian berlaku 9 pagi apabila pemandu kereta secara tiba-tiba menukar lorong kiri ke laluan tengah.



“Pemandu hilang kawalan dan melanggar motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an. Penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan,

“Pemandu kereta membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 20 saat memaparkan kereta menukar lorong dari kiri ke tengah secara laju melanggar sebuah motosikal.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button