Mampukah Gerakan tandingi DAP dalam PRN 4 Negeri?

Atau ianya sekadar harapan menjadi angan-angan sahaja

Oleh Nurul Aisyah

SEBAGAIMANA yang kita tahu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) hidup segan mati tak mahu. Parti tersebut dilihat tidak lagi relevan. Tiba-tiba Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai mengumumkan Gerakan dijangka bertanding kira-kira 30 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di empat negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Persoalannya mampukan Gerakan tandingi DAP dalam PRN ke empat-empat negeri tersebut?

Dominic mensasarkan Pulau Pinang sedangkan negeri tersebut merupakan kubu kuat DAP. Adakah mereka sedang “menumpang” “populariti” Perikatan Nasional (PN) dalam misi menawan Pulau Pinang.



Gerakan secara rasmi merupakan parti komponen baharu Parti PN setelah mendapat sokongan penuh Majlis Tertinggi Parti tersebut. Muhyiddin Yassin telah menyerahkan surat pernyataan penerimaan parti tersebut di Perdana Putra kepada Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai pada 11 Februari 2021, sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina.

Ketika PRU14 dan PRU15, Gerakan gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen namun kini presidennya berharap Gerakan mendapat kemenangan di Pulau Pinang atas alasan kerana ia mahu menjadi platform suara rakyat negeri terbabit.

Menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, beliau menjangkakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan khususnya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), kekal mentadbir di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jika benar ramalan ini maka harapan Dominic Lau akan menjadi sekadar angan-angan sahaja.



Pilihan raya di enam negeri yang berkemungkinan berlangsung Julai depan, dijangka tidak menghasilkan kejutan dengan pentadbiran sedia ada kekal mentadbir negeri masing-masing.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker