Muhyiddin sah jadi KLuster Mahkamah, PAS tersepit

Berkempen menjatuhan UMNO dan Barisan Nasional dengan naratif BN dan UMNO Kluster Mahkamah dan Penyamun , kini memakan diri dan menyepitkan Perikatan Nasional.

Sebaik sahaja Muhyiddin Yassin sah melaporkan diri kepada mahkamah demi menjawab pertuduhan rasuah dan AMLA, beliau telah dianugerah kan gelaran “Kluster mahkamah”.

Gelaran Kluster mahkamah yang sering dicop kepada pemimpin UMNO sebagai terma untuk melumpuhkan kerjaya politik mereka kini juga dipikul oleh Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Bersatu (PBBM).

Dengan gelaran yang dipikul ini , ia menjadi beban dan liabiliti kepada PN, terutama nya Parti PAS.

Kini, desakan seharus nya dilakukan supaya Muhyiddin Yassin berundur kerana itu ada lah ‘precedent’ digunakan terhadap pemimpin UMNO seperti Najib Razak, Zahid Hamidi serta lain lain nya.

Tentu sekali kepimpinan Bersatu dan PAS tidak mahu dilihat sebagai hipokrit atau munafik.

Selain pihak PN tersepit , Tun Mahathir juga sudah lama tersepit.

Bukan sahaja hal Muhyiddin menjadi Kluster mahkamah, bah kan kisah rasuah bekas Gabenor juga mengakibatkan Tun Mahathir tersepit dan terhenti menyebut perkataan ‘kleptokrat”.

Beliau telah hilang kelayakan bercerita tentang moral.

Mana mungkin menggelar orang UMNO ‘kleptokrat’ tapi pura pura buat pekak terhadap kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara.

Kini , semua pihak sudah tersepit dan menjadi huru hara.

PAS kelihatan mendapat cercaan dan banyak makian kerana bersekongkol dengan Kluster Mahkamah pemimpin  Bersatu.

Dilaporkan , PAS juga sedang mencari jalan keluar dan ada ura ura  sedang cuba mendekati Pakatan Harapan.

Ini lah bahana apabila ahli politik tidak utamakan rakyat tetapi mahu naik dan menang atas perkara sebegini,.

Akhir nya makan diri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker