Dapat kerusi paling banyak , tapi PAS melukut tepi gantang

Oleh Adam Malik

PAS jadi huru hara tidak ketentuan .

Dalam beberapa hari sahaja kedua dua pemimpin tertinggi PAS memberi naratif yang sama.



Kedua Tuan Haji Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa mereka didatangi oleh pihak tertentu konon nya membuat rundingan untuk menjemput Parti PAS menyertai Pakatan Harapan.

Kenyataan oleh dua pemimpin tertinggi PAS ini seolah olah di “syncro” untuk terlhat berturut turut dan buat kenyataan yang sama.

Namun, kedua pemimpin ini tidak menyebut pihak mana pula yang berjumpa mereka.



Presiden  UMNO Ahmad Zahid menempelak kenyataan ini , adakah pihak yang berjumpa ada lah pihak yang mencelah tengah untuk membuat kerosakan?

Tidak perlu menuduh sesiapa , tapi umum tahu pihak Tun Mahathir sedang berusaha mencari sokongan dari semua kalangan untuk menjayakan Proklamasi nya.

Satu bentuk tipu helah untuk mengumpul orang Melayu dibawah nya.



Adakah pihak itu dari kalangan proTun Mahathir supaya PAS bergolak dan bepecah belah?

Kumpulan Yang setuju akan bergaduh dengan yang tidak setuju?

Dan separuh akan bernaung dibawah Tun Mahathir?

Dari laporan yang kami terima, kedua Hj Hadi dan Tuan Ibrahim tidak mengumumkan siapa gerangan yang membuat tawaran dan siapa yang berjumpa itu.



Jika mereka tidak signifikan mereka tidak perlu dilayan kerana yang ada hak untuk berunding hanya Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid Hamidi sahaja.

Apa yang menarik adalah keadaan PAS yang tidak ketentuan dan carca marba semenjak mengetahui pemimpin tertinggi mereka berada diambang “Kluster mahkamah”.

PAS pada mula nya mencari tempat berteduh dari Tun Mahathir , dan kini PAS masuk gear dua dengan konon ditawar masuk gabungan PH.

Apa pun jika perjuangan tidak iklas , mendapat kerusi terbanyak pada PRU15 pun tidak menjamin kan Nasib PAS.



Akhir nya melutut kepada yang mendapat kerusi lebih sikit dari PAS.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button