Mahathir kembali tunggang nama Melayu

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir kembali tunggang nama Melayu

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir Mohamad kembali tunggang nama Melayu dalam penulisan terbaru di facebook.



Beliau menggambarkan pengundi Melayu sudah bosan dengan politik hari ini dan berfikir tidak perlu lagi mengundi pada PRN di 6 buah negeri.

Mahathir dalam pada itu memomokkan rakyat akan terus diperintah sebuah kerajaan yang ditubuhkan dengan menyogok wang kepada pengundi.

8. Jika pengundi ingin dapat Kerajaan yang baik undilah calon yang tidak sogok wang. Undilah calon yang bersih. – Mahathir Mohamad – 30/5/2023

Menilai tulisan Mahathir dan alasan yang dikemukakan, adakah beliau turut terlibat dalam menyogok pengundi sehingga kalah di Langkawi?



Pengerusi Pejuang yang juga bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja tewas di Parlimen Langkawi, malah turut kehilangan wang deposit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, penyandang kerusi Langkawi itu sekadar meraih sebanyak 4,566 undi.

Kerusi tersebut telah dimenangi oleh calon Perikatan Nasional, Mohd. Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi. – Mahathir Kalah & Hilang Deposit – 20/11/2022

Jika tidak, mana mungkin Mahathir kalah dan hilang deposit kepada calon PN di Langkawi pada PRU15.



Perbezaan sebanyak 20,897 undi antara Mahathir dan calon PN menunjukkan jurang yang terlalu besar bagi seorang bekas Perdana Menteri berpengalaman selama 22 tahun dan 22 bulan.

Mahathir yang cuba mencari pengaruh kembali dengan menggunakan Proklamasi Melayu hanya berjaya menarik perhatian sebahagian besar pemimpin PAS.

PAS pula dikatakan semakin menjauhi BERSATU ekoran pertuduhan ke atas Presiden PPBM di Mahkamah melibatkan sejumlah RM232.5 juta dipercayai akan menghambat pemimpin PAS untuk membersihkan imej Muhyiddin kelak.

Satu perkara yang Mahathir tidak tahu ialah ramai pemerhati politik mahu melihat beliau ke Mahkamah sebagai individu yang dituduh melakukan kesalahan sepanjang menjadi Perdana Menteri.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button