Semata Nak Beli iPhone, Pakai Barang ‘Branded’, Remaja Jual Badan

Kerana ikutkan kemahuan untuk hidup serba serbi, memiliki gajet terkini atau mempamerkan lifestyle yang mewah, ramai orang terutamanya anak muda sanggup menggadai maruah.

Perkara itu memang patut dibimbangkan kerana semakin lama mereka semakin ‘dahaga’ perhatian serta wang ringgit supaya dapat membeli apa sahaja yang diingini.

Di Twitter misalnya, puluhan atau mungkin ratusan akaun DS wujud yang menawarkan sevis seks demi duit dan tiada siapa tahu siapa individu di sebaliknya atau apakah pekerjaan hakiki mereka.

Baru-baru ini, topik itu menjadi bualan hangat warganet di aplikasi tersebut dan rata-ratanya mengkritik golongan ‘hamba wang’ ini kerana sanggup mendapatkannya dengan cara haram di sisi agama.



Ramai anak muda jadi content creatod 18sx. Tengok Twitter pun cukup. Peer pressure nak pakai iPhone terbaru, nak pakai barang berjenama.

Ramai yang memberi komen dan cerita masing-masing tentang anak muda kini yang ‘bertuhankan’ duit sehingga menjadi taksub untuk mengikut trend yang menjerat diri mereka.

Ini adalah salah satu isu sosial yang sangat membimbangkan dan mungkin semua pihak perlu memainkan peranan terutamanya ibu bapa dan pihak berwajib.

Sebagai netizen, kita boleh membantu dengan cara mudah seperti report akaun DS yang kita nampak atau laporkan kepada pihak berkenaan. The least we could do kan?

Kredit: Twitter



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker