BERSATU dan PAS rebut kerusi “pasti menang” dan bakal lawan sama sendiri di Selangor.

Persetujuan masih belum tercapai antara kedua komponen dalam Perikatan Nasional untuk pembahagian kerusi di negeri Selangor.

Ini kerana kedua parti masih belum dapat kata putus siapa berhak bertanding dikawasan yang sudah dikenal pasti sebagai Kawasan ‘pasti menang’ .

Maklumat yang dikiramkan kepada portal kami ada menyebut beberapa nama Kawasan yang menjadi rebutan antara kedua komponen dalam PN itu , namun tidak perlu disiarkan kerana berkemungkinan kompromi akan dibuat kemudian.

 

Selain itu, Parti Gerakan dijangka tiada masalah mendapat kerusi kerana PBBM dan PAS tidak mahu bertanding dikawasan ‘pasti kalah’ kerana didominasi lebih 60% pengundi DAP.



Keadaan agak tegang dibeberapa Kawasan rebutan antara PPBM dan PAS adalah berpunca dari sifat tidak percaya antara satu sama lain selepas PRN nanti.

PAS sudah mula memberi hint bahawa mereka berminat juga untuk bersama menyertai Pakatan Harapan.

Pelawaan Lim kit Siang dipandang tinggi oleh PAS dan tidak menolak pelawaan itu serta merta.

Ini membuat PPBM curiga dan syak wasangka.



Sabelum itu PAS juga menemui Tun Mahathir tanpa kehadiran pemimpin PPBM.

PAS sudah dicop sebagai parti opportunis dan tidak berpendirian.

Pendirian PAS mengikut keuntungan sahaja.

PAS boleh menyertai pihak mana mana pun jika membawa keuntungan kepada nya dan meninggalkan mana mana pihak jika dilihat nya tidak lagi menguntungkan.

Ini yang sedang terjadi seperti yang kita lihat.

Maka, pilihanraya negeri kali ini amat menarik , selain pertembungan antara gabungan, pertandingan lawan sama sendiri juga akan terjadi seperti PPBM lawan PAS .

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker