Bolehkah Ahli UMNO Di Pujuk Untuk Mengundi DAP?

Bolehkah Ahli UMNO Di Pujuk Untuk Mengundi DAP?

Bolehkah Ahli UMNO Di Pujuk Untuk Mengundi DAP?

Pada pandangan penulis, cabaran terbesar UMNO dalam menghadapi pilihanraya di 6 negeri bukan menghadapi saingan dari Perikatan Nasional.

Benar, Perikatan Nasional adalah musuh politik UMNO bukan sahaja di dalam gelanggang, malah juga di luar gelanggang.

Tetapi cabaran yang sebenar kepada UMNO adalah memujuk ahli UMNO di peringkat akar umbi untuk mengundi calon Pakatan Harapan, terutamanya dari DAP.

Sekiranya calon yang bertanding itu datangnya dari PKR, ianya tidaklah sesukar memujuk ahli UMNO untuk mengundi DAP.



Presiden PKR, Anwar Ibrahim sendiri mempunyai DNA UMNO dan ramai pemimpin dari PKR juga dilahirkan dari kilang UMNO.

Jadi ianya ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya bertemu juga.

Tetapi penerimaan ahli UMNO terhadap calon DAP adalah berbeza.

Ahli UMNO sudah berdekad lamanya didoktrinkan oleh Dr Mahathir supaya melihat DAP sebagai raksasa yang sangat ganas.



Memburukkan keadaan adalah sikap ekstrimis pemimpin DAP ketika ianya dipimpin oleh Dinasti Lim.

Pelbagai kenyataan dan tingkah laku mereka telah melukakan hati orang Melayu, terutamanya akar umbi UMNO.

Dan, ada di antara mereka masih lagi berada di dalam kepimpinan utama DAP sekarang.

Memang kita tidak boleh nafikan, kepimpinan DAP yang ada sekarang adalah jauh lebih pragmatik dan menghormati orang Melayu.

Tanpa teragak-agak, mereka bersetuju menghormati dan akur kepada 4 teras Perlembagaan Malaysia yang bersangkutan ugama Islam, Bahasa Melayu, hak keistimewaan Melayu dan kedudukan Raja.

Tetapi pengakuan yang mereka berikan itu masih lagi belum diterjemahkan dengan tindakan dan dibuktikan dengan komitmen dari pemimpin DAP.

Ini sebenarnya yang membuatkan akar umbi UMNO dan orang Melayu masih lagi merasa ragu-ragu.

Akar Umbi UMNO Mesti Bijak

Tetapi akar umbi UMNO mesti sedar, UMNO bukanlah parti yang dominan di dalam Kerajaan Perpaduan.

UMNO hanya mempunyai 26 ahli parlimen di Dewan Rakyat dan ianya jauh lebih rendah dari jumlah ahli parlimen yang dimiliki PAS.

Sekiranya akar umbi UMNO gagal membuktikan keikhlasan dalam kerjasama dengan Pakatan Harapan, yang akan terima balanya adalah UMNO.

UMNO akan dipinggirkan oleh Pakatan Harapan dalam siri-siri pilihanraya yang akan datang.

Dan sekiranya UMNO mengambil keputusan untuk keluar dari Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan pasti tidak akan teragak-agak untuk menerima PAS.

Pemimpin dan akar umbi UMNO mesti menunjukkan sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pilihanraya 6 negeri ini.

Ianya sangat penting untuk survivor parti UMNO sendiri.

Janganlah didengar hasutan yang tidak berkesudahan dari pihak yang berkepentingan sekiranya berlaku perpecahan di dalam Kerajaan Perpaduan.

 

Bolehkah Ahli UMNO Di Pujuk Untuk Mengundi DAP?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker