Halusinasi Hadi Menjadi Perdana Menteri

Halusinasi Hadi Menjadi Perdana Menteri

Halusinasi Hadi Menjadi Perdana Menteri

Berangan memang percuma, tapi kalau pun hendak berangan, seeloknya biarlah berpijak di bumi yang nyata.

Jangan terlalu tinggi angan-angan hingga melepasi langit ke tujuh.

Bukan apa, takut nanti dikatakan sedang berhalusinasi, nanti tak pasal-pasal, kena ‘urine test’…😜

Sebab biasanya yang sering berhalusinasi adalah budak-budak penagih syabu atau biasa dipanggil batu.



Kasihan pula penulis kepada presiden PAS, Hadi Awang.

Rupa-rupanya, dalam keadaan menghadapi risiko kehilangan kerusi parlimen Marang, ada hati rupanya mahu menjadi perdana menteri…😂

“Ada orang hubungi saya, beberapa orang ajak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya PAS menyertai kerajaan kerana jumlah PAS paling besar iaitu 43 kerusi”.

“PKR 30 sahaja, dalam keadaan itu 19 kerusi PKR Melayu, DAP tiga orang Melayu, kerajaan didominasi oleh bukan Melayu”.



“Dia nak ajak PAS tapi PAS duduk belakang bukan duduk di depan”.

“Patutnya bila buat kerajaan, yang paling besar memimpin,” dakwa Hadi Awang.

Untuk makluman Hadi Awang, bukan tidak mahu beri peluang untuk beliau menjadi perdana menteri.

Tetapi beliau sememangnya tidak layak untuk mentadbir, apatah lagi untuk menjadi perdana menteri.

Malah PAS sendiri ternyata gagal dalam 3 negeri yang meraka tadbir sekarang.

Sudah lebih 3 dekad, PAS memerintah Kelantan, tetapi isu air masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini.

PAS hanya tahu mencari alasan dengan menyalahkan pihak lain untuk menutup kegagalan mereka sendiri.

Masalah hanya boleh selesai dengan tindakan, bukannya dengan alasan demi alasan.

Cuba Hadi semak ‘report card’ negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sepanjang mentadbir ketiga-tiga negeri tersebut, berapa kupang FDI yang telah berjaya di bawa masuk?

Kenapa pelabur asing tidak mahu melabur di ketiga-tiga negeri tersebut?

Untuk pengetahuan Hadi Awang juga, antara negeri yang paling ramai rakyatnya terpaksa berhijrah untuk mencari pekerjaan, adalah Kelantan.

Boleh Hadi Awang jelaskan mengapa?

Berangan itu free, tapi biarlah berpada-pada.

 

Halusinasi Hadi Menjadi Perdana Menteri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker