KJ akan bertanding di PRN Selangor?

Oleh – Bakhtiar Omar


KJ akan bertanding di PRN Selangor?

KJ (Khairy Jamaluddin) yang kalah bertanding PRU15 bagi Parlimen Sg Buloh, dijangka bertanding pada PRN Selangor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Namun demikian, berdasarkan tempat mengundi beliau pada PRU15, KJ masih mengundi di DUN Rantau dan Parlimen Rembau.

Segalanya tidak mustahil buat KJ jika beliau benar-benar mahu bertanding dalam PRN kali ini bagi membuktikan popularitinya.

Jika sukar diterima kembali ke DUN Rantau, KJ boleh memilih salah satu DUN dalam Parlimen Sg Buloh. Terdapat 2 DUN yang boleh dijadikan pilihan beliau iaitu DUN N38 Paya Jaras dan N39 Kota Damansara.

Dua-dua kawasan tersebut kini diwakili oleh PKR dan masih gagal ditembusi calon BN.

Memandangkan kini Selangor turut berada dalam Kerajaan Perpaduan, tidak mustahil salah satu kerusi tersebut diserahkan kepada BN untuk ditandingi.

Sudah pasti kawasan majoriti Melayu menjadi pilihan untuk ditandingi BN memandangkan kekuatan BN ketika PRU15 hampir sahaja membuat kejutan di Parlimen Sg Buloh.

KJ boleh memilih kawasan bandar yang sesuai dengan karektor beliau yang agak moden dan terbuka. Oleh itu, Kota Damansara lebih nampak memberi kelebihan buat KJ.

“Pandangan dan perasaan orang Umno bukan terhadap satu kaum, soal Melayu dan Cina, tetapi terhadap parti DAP itu sendiri, yang selamanya ‘didoktrin’ dalam Umno sebagai musuh atas sebab-sebab tertentu.

“Kalau benda ini tidak dibendung, ramai penyokong Umno akan memberi undi kepada Perikatan Nasional (PN) dalam PRN nanti. Sekurang-kurangnya 50% daripada mereka yang selama ini menyokong Umno,” – KJ – Laporan 29/5/2023

Cuma persoalannya, KJ akan mewakili parti mana? Adakah beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau memilih PAS sebagai wadah terbaru politiknya?

KJ dikatakan tidak berani untuk bertanding di DUN Rantau kerana sudah ada desas-desus beliau akan kalah jika bertanding di Negeri Sembilan.

KJ sebelum ini tampil mesra dengan Muhyiddin Yassin dalam satu majlis sehingga menimbulkan spekulasi akan menyertai BERSATU dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, dikatakan KJ tidak akan mengambil risiko untuk bersama BERSATU ekoran Presiden, Muhyiddin Yassin kini bergelar ‘Kluster Mahkamah’.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker