Muhyiddin ‘wajib’ saman Anwar dan Zahid segera

Oleh – Bakhtiar Omar


Muhyiddin 'wajib' saman Anwar dan Zahid segera

Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin ‘wajib’ saman Anwar dan Zahid segera bagi membuktikan tiada kemasukan dana judi digunakan PN pada PRU15.



Beliau sebelum itu membuat kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ia susulan penjelasan Azalina Othman berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan PN menerima dana dari syarikat perjudian bagi kempen PRU15.

Bagaimanapun, seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Rashdan Yusof tampil ke SPRM dan mendakwa beliau mempunyai bukti Perikatan Nasional (PN) telah menerima dana daripada syarikat perjudian.

Seorang individu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) telah menerima dana daripada syarikat perjudian.



Ahli perniagaan Rashdan Yusof, 52, mendakwa dia mempunyai bukti yang mengaitkan gabungan itu dengan syarikat perjudian dan mahu SPRM menyiasat lebih lanjut. – Rashdan tampil serah bukti kepada SPRM – 30/5/2023

Sewajarnya Muhyiddin segera mengambil tindakan segera bagi menangkis dakwaan ahli perniagaan tersebut. 

Difahamkan, sekutu BERSATU dalam PN, PAS sudah mula mencurigai kepimpinan Muhyiddin dan perlakuan gabungan tersebut berikutan isu dana judi.

Segala gerakan PAS terpendam sehinggalah Lim Kit Siang menafikan pelawaannya kepada PAS untuk menyertai Pakatan Harapan.



 

Kit Siang sekali lagi menjelaskan bahawa ia adalah cadangan peribadinya dan bukannya cadangan rasmi DAP memandangkan beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu termasuk Penasihat.

“Namun, Ketua Penerangan Pas berfikir sebaliknya. Adakah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersetuju dengan Ketua Penerangannya?” – Kit Siang nafi pelawa PAS – 31/5/2023



PAS semakin tertekan dengan dakwaan dana judi sehingga menyebabkan parti itu dikatakan terbahagi dua kelompok, yang masih menyokong PAS bersama PN dan yang tidak mahu kerjasama diteruskan.

Untuk mengelak kerosakan berlaku dalam Perikatan Nasional, Muhyiddin perlu segera mengambil tindakan menyaman Anwar dan Zahid bagi menutup isu dana judi.

Adakah Muhyiddin cukup berani untuk berbuat demikian sekiranya semua bukti menjurus kepada penerimaan dana judi?

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button