Penipuan PAS Terbongkar Lagi

Penipuan PAS Terbongkar Lagi

Penipuan PAS Terbongkar Lagi

Sekiranya selama ini kita menyangka orang yang berterampilan dengan jubah dan serban tidak menipu, kini tidak lagi.

Malah orang yang didakwa bertaraf ulamak, rupa-rupanya sudah berulang kali terbongkar penipuannya.

Sebelum ini presiden PAS, Hadi Awang, mendakwa ada beberapa pihak dari Kerajaan Perpaduan telah menemui beliau.

Beliau juga mendakwa wakil dari pihak Kerajaan Perpaduan itu menawarkan supaya PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.

Malah menurut Hadi, perbincangan antara PAS dan wakil kerajaan itu sudah beberapa kali diadakan dan kini berada di peringkat akhir sebelum persetujuan dicapai.

Hadi juga mendakwa antara wakil kerajaan yang mempelawa beliau adalah veteran DAP, Lim Kit Siang.

Namun kenyataan Hadi Awang itu telah dinafikan sendiri oleh Lim Kit Siang.

Menurut Lim Kit Siang, kenyataan beliau telah diputar belit oleh Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2023/05/31/kit-siang-nafi-jemput-pas-sertai-kerajaan-perpaduan/

Dalam perkembangan isu yang sama, perdana menteri, Anwar Ibrahim, turut menafikan adanya tawaran kepada PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.

Anwar menegaskan beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan yang lainnya,” tegas Anwar.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/05/1107845/pm-nafi-kerajaan-perpaduan-tawar-kerjasama-dengan-pas

Sudah jelas lagi bersuloh, PAS akan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memastikan survivor politik mereka.

Kini terpulang kepada rakyat sama ada mahu terus memberikan talian hayat kepada politikus munafik supaya terus ditipu oleh mereka.

 

Penipuan PAS Terbongkar Lagi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker