Mahathir Di Siasat Polis

Mahathir Di Siasat Polis

Mantan perdana menteri ke 4 dan ke 7, Dr Mahathir, sedang disiasat oleh pihak PDRM.

Setiausaha PDRM, Noorsiah Saaduddin berkata kenyataan Dr Mahathir sudah dirakam oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5).

D5 telah merakam kenyataan Dr Mahathir di Yayasan Albukhary, Putrajaya pagi semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas kesalahan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Sabit kesalahan, beliau boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dilaporkan terdapat 4 laporan polis telah dibuat ke atas Dr Mahathir berdasarkan kenyataan yang beliau buat berkenaan Proklamasi Melayu.

Mahathir Di Siasat Polis

Dr Mahathir juga didakwa telah membuat kenyataan yang menghina Raja Raja Melayu.

Beliau dilihat seakan menghasut orang Melayu supaya tidak bergantung kepada Raja Raja Melayu.

Kerana menurut Dr Mahathir, Raja Raja Melayu tidak akan mempedulikan nasib bangsa Melayu.

Tetapi Raja Raja Melayu lebih mengutamakan taukey Cina yang kaya raya.

Bagi penulis, sepatutnya sudah lama tindakan diambil ke atas Dr Mahathir.

Ini bukanlah kali pertama beliau dengan biadab menghina institusi Raja Raja Melayu.

Sebelum ini beliau pernah mengatakan semua yang berketurunan Bugis adalah lanun dan kehadiran mereka di sini tidak diperlukan.

Penulis tidak nampak di mana relevannya dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Sedangkan dalam masa yang sama, beliau secara biadab menghina institusi Raja Raja Melayu.

Sekiranya terbukti Dr Mahathir melakukan kesalahan, tindakan tegas mesti diambil.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker