Mahathir, Muhyiddin bergabung bentuk BERSATU 2.0?

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir, Muhyiddin bergabung bentuk BERSATU 2.0?

Ada desas-desus politik mula tersebar menyatakan kerjasama antara Muhyiddin dan Mahathir menerusi Proklamasi Melayu bakal bentuk BERSATU 2.0



Benarkah khabar tersebut? Muhyiddin, selaku Pengerusi Perikatan Nasional telah menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama kembali dengan Mahathir.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk bekerjasama semula dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, kerjasama itu demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara – Muhyiddin sedia kerjasama dengan Mahathir – 2/6/2023

Ada juga teori tentang semua yang berlaku termasuk ‘Langkah Sheraton’ adalah konspirasi terancang bagi membolehkan Mahathir menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri mengikut perjanjian dalam Pakatan Harapan.



Tindakan Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri dan disusuli pengambil alihan oleh Muhyiddin hanyalah untuk memastikan Anwar tidak memperolehi kuasa ketika Pakatan Harapan berada di kemuncak kuasa kerana sedar BERSATU hanya memiliki 13 kerusi asal sebelum menerima kemasukan ahli parlimen yang melompat.

Lihat sahaja apa yang Mahathir tubuhkan selepas dipecat dari BERSATU. Penubuhan PEJUANG dibuat namun tiada satu kerusi diperolehi, manakala kerjasama dengan Gerakan Tanah Air juga menemui kegagalan.

Akhirnya, Mahathir keluar dari semua parti termasuk parti yang beliau bentuk sendiri. Mustahil seorang yang berpengalaman dalam politik bertindak keluar dari parti yang ditubuhkan sendiri.

Mahathir, Muhyiddin bergabung bentuk BERSATU 2.0?



PROKLAMASI MELAYU HANYA ULANG NARATIF LAMA

Muncul Proklamasi Melayu yang kononnya memperjuangkan nasib Orang Melayu lalu disambut baik BERSATU dan PAS. Mungkin pada mata BERSATU dan PAS, rakan gabungan mereka, GERAKAN hanyalah parti ‘picisan’ yang tidak mendatangkan keuntungan politik dan boleh disingkirkan bila-bila masa, jadi tidak perlu terlalu ‘menjaga hati’ GERAKAN.

Mereka percaya dengan Proklamasi Melayu, satu gabungan besar kuasa poltik Melayu akan berjaya dibentuk bagi menguasai Parlimen pada PRU16.

Berikut adalah 12 perkara dalam Proklamasi Orang Melayu tersebut;

Orang Melayu tidak pernah menguasai ekonomi negara ini. Gerai-gerai kecil mereka pun sudah diambil orang.
Mutakhir, satu-satunya kuasa yang ada iaitu politik juga terlucut dari tangan mereka.
Nasib orang Melayu kini dan akan datang tidak lagi dapat ditentukan oleh mereka.
Puncanya kerana kecuaian pemimpin Melayu sendiri.
Parti Melayu atas nama Agama, Bangsa dan Negara sudah diseleweng menjadi parti untuk memewahkan diri.
Rebutan jawatan dan wang telah menjahanamkan perpaduan bangsa Melayu.
Lemahnya Melayu sehingga kedaulatan tanah air ini pun bakal terlepas dari tangan mereka.
Masa depan Melayu kini amat gelap. Kemiskinan memaksa orang Melayu menjual tanah-tanah mereka.
Pemulihan bangsa Melayu hanya akan Berjaya jika mereka kembali bersatu.
Menyelamatkan bangsa itu adalah kewajipan dan bukannya perkauman. Namun, ia akan menjadi perkauman jika bangsa itu dibiarkan tidak lagi relevan.
Justeru, kita menyeru supaya diketepikan kepentingan parti dan diri sendiri.
Bertautlah semula, demi Agama, Bangsa dan Negara. – sumber – MalayDaily.com – 20/3/2023



Ini kepercayaan dan keyakinan yang cuba didoktrinkan dalam Proklamasi Melayu. Ini permainan minda Mahathir yang beliau praktikkan sejak menjadi Perdana Menteri pada 1981 sehingga 2003.

Selama 22 tahun, berapakah Orang Melayu yang Mahathir lahirkan sebagai jutawan dan membantu Orang Melayu mencapai 30% penguasaan ekonomi?

Adakah pada ketika beliau berkuasa, Mahathir merupakan individu yang bersih dan suci dari segala kelicikan ‘dosa’?

Mahathir, Muhyiddin bergabung bentuk BERSATU 2.0?



Muhyiddin pula kini berdepan dengan kes Mahkamah dan beliau telah masuk dalam kategori ‘kluster Mahkamah’. Bagi meringankan pandangan umum terhadapnya, Muhyiddin memilih Proklamasi Melayu sebagai perisai.

Oleh demikian, kerjasama dengan Mahathir amat penting untuk dilaksanakan segera. Fikirkan apa kelebihan untuk Muhyiddin bila bersetuju untuk bekerjasama dengan Mahathir?

Jika tidak ada kelebihan mahukah Muhyiddin menjalinkan hubungan semula dengan Mahathir? Segalanya akan terjawap bila sampai ketika dan waktunya.

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button