Aaron Aziz jumpa Chris Hermsworth
Netizen kata rezeki kena singkir filem Syamsul
Aaron Aziz jumpa Chris Hermsworth

IMPIAN pelakon Datuk Aaron Aziz untuk bertemu dengan pelakon Chris Hermsworth akhirnya tercapai apabila dia bersama beberapa pelakon dari Malaysia diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipina.
Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 47, turut dijemput naik ke pentas bersama aktor Iedil Dzuhrie Alaudin untuk bersalaman dan bergambar dengan Chris dan Sam Hargrave.
Meluahkan rasa syukur atas peluang bertemu dua aktor hebat itu, Aaron berkata, pertemuan itu adalah kejutan yang pernah dimaklumkan sebelum ini.

Aaron turut memuji kehebatan filem lakonan aktor Hollywood itu yang disifatkan 1,000 kali lebih baik daripada Fast X.
“Alhamdulillah, inilah surprise yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik. Aksi lawan gempak gila.
“100 kali ganda lebih baik daripada filem Fast X,” katanya.
Aaron berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Dalam pada itu, ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan peluang Aaron bertemu dua pelakon berkenaan sebagai rezeki selepas namanya digugurkan daripada filem Original Gangster arahah pengarah Syamsul Yusof.
Peminat turut mengucapkan tahniah atas peluang diberikan dan yakin Aaron akan mendapat rezeki lebih baik selepas ini.
“Rezeki Allah tak pernah salah alamat buat hamba-Nya yang sabar.
“Orang tak nak kita, Allah gantikan yang lebih padu.,” kata netizen.

Sebelum ini, timbul kontroversi apabila Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca aktor itu digugurkan daripada barisan pelakon filem berkenaan.
Aaron bagaimanapun dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa Syamsul beberapa kali datang ke rumahnya bagi membincangkan mengenai tawaran lakonan dan sedia maklum tentang tahap kesihatan dialami.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- wajah dikatakan hampir seiras Raja Permaisuri (Video)
- Ustaz Azhar Idrus Dedah Mengapa Dia Lihat Ke Atas
- Video Leona Mandi Sungai Undang Perhatian (Video)
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :