H2O Koyak Ker, Koyaklah Sorang Sorang

H2O Koyak Ker, Koyaklah Sorang Sorang

H2O Koyak Ker, Koyaklah Sorang Sorang

Ahli parlimen Sembrong yang juga ahli UMNO yang digantung keahliannya atas masalah disiplin, Hishamuddin Hussien, membidas pelawaan ke PAU 2023 yang beliau sifatkan sebagai sindiran.

Menurut Hishamuddin (H20), ahli UMNO yang dipecat dan digantung langsung tidak terkesan dengan sindiran segelintir pihak berhubung pelawaan untuk menjemput mereka ke PAU 2023.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap pelawaan beberapa pemimpin UMNO yang menjemput mereka ke PAU 2023 sekiranya rindu kepada UMNO.



Menurut H20, beliau menyifatkan pelawaan itu sebagai sindiran kepada ahli UMNO yang dibuang dan digantung kerana masalah disiplin.

“Ahli-ahli dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman dan khidmat mereka tidak lagi diperlukan”.

“Yang rugi ialah UMNO yang terkesan daripada pelawaan sinikal sedemikian”.

“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada UMNO yang asal”.



“Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke PAU 2023 secara menyindir dan sengaja berseloroh”.

“Ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepemimpinan UMNO”.

“Tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenang hati ahli-ahli di akar umbi”.

Penulis bersetuju dengan H20 yang mengatakan parti sudah tidak memerlukan khidmat mereka yang digantung dan dibuang.



Dari kehadiran mereka di dalam UMNO menimbulkan onar ibarat api di dalam serkam, maka adalah lebih elok mereka tidak lagi wujud di dalam UMNO.

Sindir menyindir di dalam politik adalah amalan biasa sesama ahli politik.

Tidak perlu terlalu sensitif sangat.

Cuma satu soalan penulis kepada H20, koyak ker, koi tak koyak, koyaklah sorang-sorang…😜😜😜



 

H2O Koyak Ker, Koyaklah Sorang Sorang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button