Hantaran video jelik: Suami Siti Nuramira didenda RM16,000

Hantaran video jelik: Suami Siti Nuramira didenda RM16,000

Hantaran video jelik: Suami Siti Nuramira didenda RM16,000

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini mengenakan denda RM16,000 terhadap suami kepada wanita kontroversi, Siti Nuramira Abdullah atas kesalahan membuat dan memulakan hantaran video jelik melibatkan kelab komedi kontroversi Crackhouse, tahun lalu.

Hakim Azrul Darus mendenda V. Alexander Navin, 39, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas kedua-dua pertuduhan ketika kes disebut hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh didenda RM8,000 bagi setiap pertuduhan dan dipenjara empat bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya denda gagal dibayar.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’.

Komunikasi jelik itu didakwa dibuat dan dihantar masing-masing pada 5 Jun dan 16 Jun 2022 dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar




Kedua-dua hantaran itu kemudian dibaca di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini pukul 10.30 pagi pada 9 Julai tahun lalu.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Terdahulu peguam R. Sivaraj yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan atas alasan tertuduh menyesal dengan perbuatannya.

“Tertuduh memilih mengaku bersalah pada awal perbicaraan kes dan pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah. Sepanjang siasatan dijalankan tertuduh telah memberi kerjasama yang baik,” kata peguam itu.



Semasa prosiding, peguam itu turut memaklumkan anak guammya telah berkahwin dengan Siti Nuramira pada 6 Disember 2022 dengan nama Islamnya Alexander Dzulkarnain Chandran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

 




Tertuduh yang pernah bekerja sebagai pengajar selam bebas (free diving instructor), memeluk Islam pada 21 Julai tahun yang sama.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya P. Vitiya Monisha memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira kepentingan awam lebih penting daripada kepentingan tertuduh.

Pada 17 April lalu, Siti Nuramira yang videonya tular membuka tudung dan menanggalkan baju kurung di kelab tersebut didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu selepas Siti Nuramira mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.



Sebelum ini, pada tahun lalu tular satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita mendakwa dirinya beragama Islam dan menghafaz 15 juzuk al-Quran, bertindak menanggalkan baju kurung dan tudungnya sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen. – UTUSAN

Hantaran video jelik: Suami Siti Nuramira didenda RM16,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button