Isu Tanah Rakyat Terengganu: PAS Kaup Keuntungan Berganda Bernilai Jutaan Ringgit

Isu Tanah Rakyat Terengganu: PAS Kaup Keuntungan Berganda Bernilai Jutaan Ringgit

Isu Tanah Rakyat Terengganu: PAS Kaup Keuntungan Berganda Bernilai Jutaan Ringgit

Ramai yang tidak tahu kerana tidak dilaporkan oleh kebanyakan media arus perdana mengenai isu tanah milik rakyat, Khairunnisak, di Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Samsuri Mokhtar, mendakwa isu tersebut sengaja dibangkitkan.

Ianya dijadikan sebagai kempen pilihanraya negeri yang bakal menjelang.



Menurut Samsuri, ianya dibangkitkan untuk memburukkan kredibiliti dan integriti kerajaan PAS Terengganu.

Terutamanya menjelang pilihanraya negeri Terengganu.

Tetapi, benarkah dakwaan beliau?

Untuk rekod, perkara ini telah pun dibangkitkan beberapa kali oleh mantan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said.



Tetapi telah dinafikan oleh kerajaan Terengganu sehinggalah kini isu tersebut dibongkar sepenuhnya.

Berikut penulis catatkan secara ringkas mengenai isu tanah tersebut.

Isu tanah bekas tapak Mahkamah Tinggi Terengganu seluas 11,295 meter persegi yang terletak di Batas Baru, Terengganu, bermula di era Hadi Awang menjadi menteri besar Terengganu.

Pada tahun 2003, ketika Hadi Awang menjadi menteri besar Terenggan.



Beliau telah memberikan tanah tersebut kepada Koperasi Insaf yang awalnya adalah Koperasi Batu Burok.

Koperasi Insaf telah ditubuhkan pada tahun 2001.

Pengerusi koperasi tersebut adalah Roslin Abdul Rahman yang juga merupakan Bendahari PAS Kemaman, Terengganu.

Antara ahli Lembaga Pengarah Koperasi Insaf ialah Setiausaha Politik Hadi Awang, Husin Ismail.



Di era Idris Jusoh (BN) menjadi menteri besar, EXCO kerajaan Terengganu mengambil keputusan menebus semula tanah tersebut dari Koperasi Insaf.

Kerajaan Terengganu telah membayar RM6.7 juta kepada Koperasi Insaf milik PAS pada tahun 2006.

Pada 21 Januari 2006, tanah tersebut telah diwartakan sebagai tanah untuk tujuan kepentingan umum.

Ianya selaras dengan Seksyen 52 Kanun Tanah Negara.



Sanusi Menjual Semula Tanah Yang Sudah Di Tebus Oleh Kerajaan BN Terengganu

Di era Sanusi menjadi menteri besar Terengganu, tanah tersebut telah diberikan pula kepada Persatuan Isteri Menteri Besar dan Isteri EXCO PAS Terengganu (Khairunnisak).

Pada tahun 2019, ia diberikan dengan bayaran premium hanya RM550,000.

Walau pun Jabatan Tanah menetapkan premium sebenar tanah tersebut adalah RM5.87 juta.

Mengikut Jabatan Tanah, nilai sebenar tanah tersebut pada tahun 2019 adalah RM29.5 juta.



Ini bermakna, sekiranya kerajaan PAS Terengganu tumbang dalam pilihanraya negeri, maka kerajaan baharu kena bayar RM29.5 juta kepada Khairunnisak sekiranya mahu menebus semula.

Ini bermakna, dari tanah rakyat sebesar 11,295 meter persegi, PAS sudah mengaut keuntungan RM6.7 juta hasil dari penebusan pertama di era Hadi Awang.

Dan sekiranya kerajaan yang menggantikan kerajaan PAS mahu menebus semula tanah yang sama, PAS akan mengaut lagi RM29.5 juta!!!

Adakah ini isu remeh yang sengaja dibangkitkan di musim pilihanraya negeri?

Kerajaan pentadbiran Melayu Isley mazhab PAS!!!

 

Isu Tanah Rakyat Terengganu: PAS Kaup Keuntungan Berganda Bernilai Jutaan Ringgit

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button