Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan kedua Terbuka Singapura

Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan kedua Terbuka Singapura

Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan kedua Terbuka Singapura
Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura. Foto: Ihsan Badminton Photo

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk melangkah mara ke pusingan kedua Terbuka Singapura 2023 selepas menewaskan lawan dari China, He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-16, 21-17.

Pertembungan selama 37 minit di Stadium Tertutup Singapura itu adalah yang ketiga buat kedua-dua beregu dengan kemenangan dilakar Aaron-Wooi Yik secara tidak langsung menyaksikan mereka kini mendahului rekod kemenangan dengan 2-1.

Sebelum ini kedua-dua beregu terikat 1-1 selepas Ji Ting-Hao Dong menewaskan Aaron-Wooi Yik 17-21, 10-21 di pentas suku akhir Masters Indonesia, Januari lalu.

Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu sama ada beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana ataupun gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin yang bakal berentap merebut tempat ke pusingan kedua, esok.

 

Dalam pada itu, rakan seperjuangan Aaron-Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut menempah tempat ke pusingan kedua selepas meraih kemenangan percuma apabila lawan mereka di pusingan pertama dari Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin menarik diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Meninggal dunia selepas ditendang di kepala


Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun ke pusingan kedua Terbuka Singapura


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker