Pelawak Singapura HINA Malaysia melampau

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Tular video seorang pelawak Singapura HINA Malaysia secara melampau dalam satu persembahan.

Jocelyn Chia, membuat persembahan dengan membandingkan antara Singapura dan Malaysia.

Walaupun cuba bergurau, perbandingan yang dilakukan Jocelyn sukar diterima sebagai lawak ‘stand up comedy’.

Pautan Asal

Pelawak Singapura HINA Malaysia melampau

Fakta beliau berkaitan kemerdekaan Singapura sahaja sudah menunjukkan sisi bodoh Jocelyn sebagai rakyat Singapura.

Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu dan bebas dari penjajahan British sebagai negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Dalam persembahan itu juga, Jocelyn menggunakan perkataan lucah “Fu*k you Malaysia”. Ini sangat biadap dan tidak boleh diterima sebagai bahan lawak.

Adakah hanya kerana kononnya Singapura negara maju maka pelawak mereka bebas untuk menghina Malaysia?

Malaysia perlu menghantar bantahan kepada Kerajaan Singapura melalui Wisma Putra dan mengharamkan Jocelyn dari memasuki Malaysia selamanya.

Tidak semua perbuatan biadap boleh dipadam dengan meminta maaf.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker