Russia didakwa musnahkan empangan hidro Ukraine

Russia didakwa musnahkan empangan hidro Ukraine

Russia didakwa musnahkan empangan hidro Ukraine
Rakaman gambar Empangan Nova Kakhovka Dam di Wilayah Kherson, Ukraine yang rosak dipercayai diletupkan tentera Russia awal pagi waktu tempatan, hari ini. – Foto National Nuclear Energy Generating Company Energoatom/REUTERS

KUALA LUMPUR: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, mendakwa tentera Russia memusnahkan sebuah empangan besar di selatan negara itu pada awal pagi tadi dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terbabit.

Katanya, kemusnahan empangan tenaga hidroelektrik Kakhovka hanya mengukuhkan lagi desakan bagi mengusir pasukan Russia dari setiap inci wilayah Ukraine.

“Tidak ada sejengkal pun yang patut dibiarkan kepada mereka, kerana mereka menggunakan setiap jengkal untuk melakukan keganasan. Hanya kemenangan Ukraine yang akan mengembalikan keamanan. Dan kemenangan ini akan datang.



“Kami menyeru semua negara untuk mengutuk tindakan kejam oleh Russia ini. Russia harus bertanggungjawab atas jenayah dan pemusnahan di Ukraine,” katanya dalam kenyataan yang disediakan kepada Bernama oleh Kedutaan Ukraine di Malaysia.

Media antarabangsa melaporkan sekitar jam 3 pagi waktu tempatan hari ini, pasukan tentera Russia meletupkan Empangan Hidroelektrik Kakhovka, iaitu antara fasiliti tenaga terbesar yang mengandungi kira-kira 18 juta meter padu air.

Empangan setinggi 30 meter yang melintasi Sungai Dnipro itu dibina pada 1956 dan membekalkan air bersih bagi kebanyakan wilayah tenggara Ukraine dan Semenanjung Crimea.

Bencana banjir dijangka berlaku dalam tempoh 11 jam berikutnya selepas empangan itu musnah.



– BERNAMA

Russia didakwa musnahkan empangan hidro Ukraine

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker