Zii Jia mampu tewaskan Hong Yang

Zii Jia mampu tewaskan Hong Yang

Zii Jia mampu tewaskan Hong Yang
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, ketika mengadakan pertemuan bersama Chef De Mission (CDM) Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin, 31 Mei lalu. Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berkemungkinan tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain China, Weng Hong Yang di pusingan pertama Terbuka Singapura, esok.

Di atas kertas, Zii Jia sudah merekodkan satu kemenangan ke atas Hong Yang dalam pertemuan sulung antara mereka di separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) tahun lalu, menyaksikan pemain dari Alor Setar, Kedah itu mencatatkan kemenangan straight set 21-11, 21-19.

Malah, Zii Jia juga dilihat sudah melalui tempoh rehat selama lebih seminggu selepas ‘berhempas pulas’ dengan tahap kecergasan di pusingan kedua Masters Malaysia 2023 yang menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu terpaksa akur tewas 19-21, 21-16, 15-21 dalam tempoh satu jam 27 minit di tangan pemain Taiwan, Lin Chun-Yi.



Begitupun, kesungguhan dan kecekalan Zii Jia yang kini berada di ranking ke-10 dunia ketika beraksi di Axiata Arena nyata harus dipuji dan seandainya isu dialaminya pulih 100 peratus, sudah pasti dia tidak mempunyai halangan untuk menewaskan Hong Yang yang menghuni ranking ke-27 dunia.

Sekiranya melepasi halangan, Zii Jia dijadual bertemu rakan senegara, Cheam June Wei ataupun Li Shi Feng dari China yang turut bakal berentap di Stadium Tertutup Singapura, esok di pusingan kedua nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kontinjen negara capai sasaran 33 emas


Pada ketika itu, Zii Jia diberikan tentangan sengit – bermain sehingga set penentuan – sebelum mencatatkan kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 dalam tempoh satu jam 12 minit di pusingan pertama.

Zii Jia mampu tewaskan Hong Yang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rumah keluarga Issey musnah terbakar

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker