2 figura bekas UMNO akan hadiri PAU2023?

Oleh – Amran Klebang


2 figura bekas UMNO akan hadiri PAU2023?

Menjelang perasmian PAU2023 (Perhimpunan Agung Umno) Jumaat ini, ada desas-desus menyatakan ada 2 figura bekas Umno yang merupakan bekas Presiden dan Timbalan Presiden akan hadir ke WTC KL.



Kehadiran 2 figura ini sedang diatur oleh seorang individu yang merupakan bekas ahli Umno bagi menarik perhatian perwakilan terhadap Proklamasi Melayu yang sedang diusahakan.

Dipercayai  gerakan ini bagi mempengaruhi sebanyak mungkin ahli Umno agar berpaling dari BN ke pihak lawan menjelang PRN yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Bekas Presiden dan Timbalan Presiden itu percaya mereka masih mampu memberi impak terhadap UMNO sekiranya berani turun ke PAU2023 bertemu para penyokong Umno.

2 figura bekas UMNO akan hadiri PAU2023?



Walau bagaimanapun, gerakan ini masih dalam perancangan kerana menunggu laporan sambutan dari penyokong Umno jika 2 figura ini hadir ke WTC sebagai pelawat.

Tidak mustahil ada pihak tertentu akan mengambil kesempatan bertemu akar umbi Umno ketika Perhimpunan Agung Umno berlangsung. 

PAU2023 bakal menyaksikan kehadiran PMX, Anwar Ibrahim selepas kali terakhir hadir ke Dewan Merdeka 25 tahun lepas sebelum beliau dipecat dari Umno.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button