Bung Mokhtar Janji Akan ‘Telanjangkan’ KJ Di Parlimen

Bung Mokhtar Janji Akan 'Telanjangkan' KJ Di Parlimen

Bung Mokhtar Janji Akan ‘Telanjangkan’ KJ Di Parlimen

Bung Mokhtar berjanji akan mendedahkan ‘aktiviti gelap’ mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) di parlimen.

Memetik berita dari NST, Malaysiakini melaporkan Bung Mokhtar akan dedahkan kepada umum apa yang KJ hisap selama ini.

Ianya sebagai reaksi KJ yang menganggap Bung Mokhtar sebagai musuh kesihatan awam kerana menentang RUU Kawalan Merokok.

Ketika menjadi Menteri Kesihatan, KJ pernah membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok 2022 di parlimen.

Ia termasuk peruntukan mengenai dasar generasi penamat (GEG).

Bagaimanapun ia gagal mendapat kelulusan.

“Siapa KJ?”

“Khairy sudah tiada platform, cuma juruhebah radio, dia hanya ‘hantu raya'”.

“Dia membentangkan undang-undang yang merampas hak rakyat (untuk merokok)”.

“Dia mahu orang ramai berhenti merokok, tetapi tanya dia… apa yang dia hisap?”

“Siapa dia untuk menilai orang?”

“Adakah dia (juga) mesra kesihatan awam?” soal Bung Mokhtar.

Bung Moktar berkata dia akan dedahkan apa yang KJ hisap apabila RUU tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 12 Jun ini.

Penulis ada mendengar khabar angin mengenai aktiviti tidak sihat KJ selama ini, tetapi sejauh mana kebenarannya, tidak dapat dipastikan.

Sama-sama kita tunggu pendedahan dari Bung Mokhtar di parlimen nanti.

 

Bung Mokhtar Janji Akan ‘Telanjangkan’ KJ Di Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker