Jangan Jadikan RCI Tommy Thomas Sebagai Polemik Politik

Jangan Jadikan RCI Tommy Thomas Sebagai Polemik Politik

Jangan Jadikan RCI Tommy Thomas Sebagai Polemik Politik

Pada Januari 2023, Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, umumkan Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk tubuhkan RCI Tommy Thomas.

Menurut Azalina, penubuhan itu selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, mengikut bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Ia  bertujuan mencari kebenaran serta mengemuka syor kepada kerajaan bagi reformasi institusi perundangan.

Dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.

Terma tauliah yang terperinci, keahlian dan tempoh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) itu bagaimanapun akan dicadangkan kemudian oleh kerajaan.

Cadangan Terma Tauliah RCI ini akan mempunyai skop lebih luas dan tidak terhad kepada syor dikemuka Pasukan Petugas Khas.

Dengan pengumuman dari Azalina, maka ianya dengan sendirinya telah membatalkan cadangan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat buku Tommy Thomas sebelum itu.

Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan di era Ismail Sabri telah mencadangkan supaya Tommy Thomas di dakwa di bawah:

  1. Seksyen 1241 dan 203A Kanun Keseksaan
  2. Seksyen 4 Akta Hasutan 1948
  3. Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972
  4. Seksyen 23 Akta SPRM 2009

Persetujuan kerajaan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat buku Tommy Thomas sememangnya keputusan yang tepat.

Bidang kuasa melakukan siasatan yang ada pada RCI jauh lebih besar dari bidang kuasa yang dimiliki oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan di era Ismail Sabri.

Siasatan secara menyeluruh dan terperinci boleh dilakukan tanpa gangguan dari mana-mana pihak kerana RCI dilantik terus oleh YDP Agong.

Tetapi persoalannya, mengapakah selepas 6 bulan diumumkan, masih belum ada sebarang perlantikan ahli suruhanjaya tersebut?

Mengapakah kerajaan perlu mengambil masa yang begitu lama untuk mencadangkan senarai ahli suruhanjaya tersebut kepada YDP Agong?

Ini bukan soal DS Najib, tetapi ini soal sistem perundangan dan institusi kehakiman yang telah mula hilang kredibiliti di mata dunia.

Kerajaan perlu segerakan penubuhan RCI untuk menyiasat buku Tommy Thomas.

 

Jangan Jadikan RCI Tommy Thomas Sebagai Polemik Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker