Perbezaan Antara Kuli Dan Rakan Kongsi

Perbezaan Antara Kuli Dan Rakan Kongsi

Perbezaan Antara Kuli Dan Rakan Kongsi

Mungkin apa yang akan penulis sampaikan kali ini tidak disenangi oleh beberapa pihak.

Terutamanya yang sekarang ini sedang kegelian dengan nikmat jawatan.

Tetapi penulis mengambil keputusan untuk membuat teguran.

Ini kerana penulis melihat sudah ada kepincangan yang mesti dibetulkan segera.



Itu pun kalau ada pihak yang mahu mendengar.

Usai PRU 15, UMNO hanya memenangi 26 kerusi parlimen.

Manakala BN secara keseluruhan memenangi 30 kerusi parlimen, 26 dari UMNO, 2 dari MCA, 1 dari MIC dan 1 dari PBRS.

Memenangi 30 kerusi parlimen dari 222 kerusi parlimen adalah sangat jauh dari membolehkan UMNO/BN membentuk kerajaan.



Apa pun alasannya, UMNO/BN mesti mengakui bahawa mereka sudah kalah dengan teruk dalam PRU 15.

UMNO/BN berjaya membentuk kerajaan bukan melalui kekuatan sokongan rakyat, tetapi melalui ehsan keadaan.

Lalu UMNO/BN dipelawa oleh PH yang mempunyai 82 kerusi parlimen untuk berkongsi kuasa.

Perkongsian antara PH dan UMNO/BN membolehkan kerajaan dibentuk dengan majoriti mudah 112 kerusi parlimen.

Itu asasnya, walau pun UMNO/BN kecil, tetapi menjadi ‘king maker’ utama dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh PH.

Jangan Di Pandang Remeh Sokongan Orang Melayu, Ia Boleh Hilang

Yang mesti kepimpinan utama UMNO/BN ingat adalah UMNO masih lagi parti Melayu terbesar di negara ini.

Keahlian UMNO yang keseluruhannya adalah orang Melayu melebihi 3 juta orang.

Orang Melayu mempunyai sejarah yang gemilang di dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air.

Perjuangan orang Melayu dipenuhi dengan lengguk dan seni yang sangat unik dan kadangkala sukar dibaca musuh.

Jangan dipandang remeh dengan perjuangan orang Melayu.

Belanda dan Jepun tewas di tangan British, tetapi orang Melayu berjaya menghalau British dari Tanah Melayu.

Sifat seorang pejuang, sudah pastinya mempunyai maruah dan harga diri sendiri.

Kehadiran kita di dalam Kerajaan Perpaduan adalah sebagai rakan kongsi dan bukannya sebagai kuli kepada PH.

Rakan kongsi yang baik pasti akan menegur atau mengkritik (bukan menempelak) rakan mereka yang ada dalam perkongsian.

Ia dilakukan dengan tujuan untuk menjaga perkongsian bersama itu supaya berkekalan.

Tetapi sekiranya seorang rakan kongsi hanya menjadi ‘yes man’, ia tidak akan dilihat dan dihormati sebagai rakan kongsi yang berkualiti.

Ia hanya akan dilihat sebagai tempelan yang hanya akan akur dengan kehendak pihak yang lagi satu.

Sekiranya ini berlaku, percayalah, UMNO akan kehilangan sokongan bangsa Melayu.

Sebagaimana UMNO kehilangan kerusi di parlimen, begitu jugalah UMNO akan mengecil kerana kehilangan sokongan dari orang Melayu.

Lebih baik menegur untuk memperbaiki kekurangan dari bersetuju membabi buta.

Orang Melayu tidak akan sanggup melihat parti keramat mereka menjadi parti penjilat.

Kalau hendak menurut, biarlah pintar, kalau mengikut biarlah berakal.

 

Perbezaan Antara Kuli Dan Rakan Kongsi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker