Akaun Tan Sri ‘D’ dan ‘H’ serta keluarga dibekukan?

Selepas ini akaun Dr pula?

Oleh – Bakhtiar Omar


Akaun Tan Sri 'D' dan 'H' serta keluarga dibekukan?

Mengikut laporan SPRM, susulan siasatan berkaitan  penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion, akaun dua individu bergelar Tan Sri dibekukan.

Akaun dipercayai milik Tan Sri ‘D’ dan ‘H’ serta ahli keluarga berjumlah RM39 juta dibekukan melibatkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Semua mereka diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), bagi tindakan tersebut.

“Susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes telah diperolehi,” – FMT – 9/6/2023

Identiti sebenar Tan Sri tersebut masih misteri namun dipercayai mempunyai hubungan baik dengan seorang bekas Perdana Menteri.



Jika siasatan yang dilakukan SPRM menemui bukti kukuh penyelewengan dana rakyat, hampir pasti salah satu skandal penyelewengan dana rakyat akan terbongkar.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker