Pelaburan buka peluang kerja untuk Anak Melaka
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Ketua Menteri Melaka, Dato Sri Abd Rauf Yusoh membawa berita gembira buat Anak Melaka berikutan pelaburan yang akan dibawa masuk ke Negeri itu.
Beliau juga menjelaskan syarikat pelaburan yang kebanyakannya dari German, membawa jumlah melebihi RM2 billion.
Kebanyakan pelabur di Melaka merupakan syarikat pembuat semi-konduktor atau cip untuk kegunaan seluruh dunia.
Beliau berkata demikian semasa di temui di Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno 2023.