India dan UAE bincang perdagangan dalam mata wang masing-masing

India dan UAE bincang perdagangan dalam mata wang masing-masing

India dan UAE bincang perdagangan dalam mata wang masing-masing

NEW DELHI: India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang mempertimbangkan untuk menggunakan mata wang nasional masing-masing dalam perdagangan dua hala mereka, dengan tujuan meningkatkan nilai perdagangan bukan minyak mereka kepada AS$100 bilion setahun menjelang tahun 2030.

Bank Rizab India (RBI) dan Bank Pusat UAE terbabit dalam “dialog aktif” mengenai isu ini dan Kementerian Kewangan India menyokong langkah ini, kata Menteri Perdagangan India, Piyush Goyal, hari ini.



“Kedua-dua negara telah membuat kemajuan yang signifikan dalam hal ini,” katanya.

Goyal mengadakan sidang media di New Delhi bersama Menteri Negeri UAE untuk Perdagangan Luar, Thani Bin Ahmed Al Zeyoudi.

Menteri India itu yakin wujud peluang yang lebih luas dalam melakukan perdagangan dalam mata wang nasional.

India dan UAE melihat Perjanjian Rakan Ekonomi Komprehensif (CEPA) mereka yang berkuat kuasa pada Mei tahun lepas, sebagai satu dorongan besar kepada hubungan ekonomi yang pesat berkembang.



Jumlah perdagangan keseluruhan meningkat 16 peratus kepada AS$84.5 bilion dalam tahun kewangan 2022-23 (April-Mac) berbanding dengan tahun sebelumnya.– BERNAMA

India dan UAE bincang perdagangan dalam mata wang masing-masing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button