Ribuan bangkai ikan terdampar di Pantai Texas
HOUSTON: Beribu-ribu bangkai ikan Menhaden ditemukan terdampar di sepanjang Pantai Teluk di selatan negeri Texas, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Bangkai ikan itu ditemukan terapung di hujung Bryan Beach, berhampiran muara Sungai Brazos, kira-kira 9.7 kilometer (km) dari Taman Daerah Pantai Quintana.
Pegawai Taman Daerah Pantai Quintana berkata perairan cetek dan kekurangan cahaya matahari mewujudkan “ribut sempurna” yang mengurangkan tahap oksigen di pantai.
Walaupun usaha pembersihan dilakukan secara berterusan, beribu-ribu lagi ikan dijangka hanyut ke darat, lapor media tempatan. – BERNAMA-dpa
Bangkai ikan ditemukan terapung di hujung Bryan Beach. – Foto FB Quintana Beach County Park
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?