Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas
Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas
SHAH ALAM: Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh ketika berada dalam tandas dekat rumahnya di Setia Alam, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mangsa, Simon Tan Cheng Kim, 55, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pukul 3.04 pagi dan pengadu memaklumkan mangsa lelaki berumur 55 tahun didapati terkunci di dalam tandas dan dipercayai pengsan.
“Bagaimanapun mangsa sudah dibawa keluar oleh isterinya ketika pasukan penyelamat sampai pada pukul 3.22 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut. – UTUSAN
Lelaki meninggal dunia selepas jatuh di tandas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?