Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.

Untuk permulaan , apakah naratif yang dicipta oleh musuh UMNO?

Naratif mereka ada lah bahawa kepimpinan UMNO sudah tidak pedulikan Nasib Datuk Seri Najib Razak didalam penjara.

Mereka cuba menghasut orang UMNO bahawa kepimpinan UMNO sudah seronok dengan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan maka mereka seolah olah pinggirkan DSNR sendirian didalam penjara.



Kemudian ada tambahan pula konon kepimpinan UMNO seronok bersama Anwar dan sudah mula lari dari menyokong DSNR.

Hatta , di hasut orang UMNO jangan undi Pakakatan Harapan pada PRN dan undilah Perikatan Nasonal.

Namun, sebaik sahaja berita bahawa Presiden UMNO telah berkunjung hampir dua jam bersama DSNR tersebar , musnah semua naratif musuh UMNO tentang fitnah mereka.

Maka, kini terpaksa mencipta hasutan baru bahawa UMNO sudah tunduk pada DAP tapi masih tercari cari apa yang UMNO tunduk itu.



Sebenar nya, ini kali kedua naratif pihak lawan dan PN telah hancur dan dipatahkan.

Pada Perhumpunan Agung UMNO baru diadakan , pihak musuh dan pihak lawan telah malu apabila anak anak DSNR keluar untuk memberi kenyataan dan sokongan terhadap kepimpinan UMNO.

Atas sebab malu dan kesipuan maka sitro PN dan sitro upahan terpaksa memberi alasan UMNO tunggang anak Najib.



Terlalu jahil kah anak Najib untuk biarkan UMNO tunggang mereka?

Sedangkan mereka sendiri mahu isu ayah mereka diketengahkan dan diutarakan.

Begitu lah nilai pembenci UMNO dan taraf kejahilan mereka cuba menghasut orang UMNO.

Kerja kerja membebaskan DSNR agak sulit memandangkan ada campurtangan pihak berpengaruh cuba menghalang.



Maka, pihak kepimpinan UMNO membuat kerja dibelakang tabir secara senyap dan sulit.

Maka atas sebab kerahsiaan maka ahli UMNO fikir kepimpinan tidur dan pihak musuh ambil kesempatan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button